Saturday, January 23, 2010

Dana Untuk Bangunan PAS Kawasan Petra Jaya


KLIK FOTO DI ATAS UNTUK PERBESAR IMEJ

Assalamualaikum wbt

Peluang untuk melabur saham akhirat......."Harta mutlak kita sebenarnya adalah di akhirat"

Sumbangan boleh di salurkan ke :
1. Akaun bank Bank Simpanan Nasional (BSN) : 1355041000018755 atas Nama : DANA BANGUNAN & HARTA PAS PETRA JAYA
2.Alamat : Lot 7047, Lorong Menggeris 2A, Taman Serira, 93050 Kuching, Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi : 019-8197806 (Cikgu Shokri-YDP Kawasan) /013-8010102 (S/U Kawasan)
Email : pas.petrajaya@gmail.com

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." -Al-Baqarah 195-

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." -Al-Baqarah 245-

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. " -Al-Baqarah 261-

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. "Al-Baqarah 267-

Pas Sarawak telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan sehingga kini belum mempunyai aset bangunan untuk kegiatan tarbiyyah dan dakwah yang tetap. Beberapa usaha telah sekian lama dilakukan untuk memiliki bangunan sendiri tetapi masih menemui jalan buntu. Kini masih lagi menyewa premis rumah kedai disekitar Matang Jaya Kuching. Pas Kawasan dibawah pimpinan mantan Pesuruhjaya Pas Sarawak (Cikgu Shokri) telah mengorak langkah menyusun organisasi dan berusaha untuk membeli bangunan rumah kedai untuk dijadikan Markaz dan Pusat Tarbiyyah yang pertama di Sarawak insya-Allah. Sehubungan dengan itu Pas Kawasan menyeru dan mengalu-alukan para dermawan, para mukhliseen dan para pejuang kebenaran untuk menyumbang Dana Pembelian Bangunan Tersebut seberapa yang mampu. Semoga Allah swt membalas ganjaran sumbangan yang saudara berikan seperti dinyatakan dalam berberapa ayat Al-Quran diatas.

UNTUK SUMBANGAN PASTI, SALURKAN

Ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad 11013010064693 atas nama PASTI INSANI. Sebarang urusan berkaitan, sila hubungi Bendahari PASTI, saudara Fizuan di talian 013-8012296.

SEMOGA SUMBANGAN TUAN/PUAN MENDAPAT GANJARAN BESAR DI SISI ALLAH SWT